Tentang Kami

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Synapse Design membuktikan


SIAPAKAH KAMI?

SYNAPSE DESIGN merupakan syarikat pembinaan rumah nombor 1 di Malaysia yang membantu pelanggan-pelanggan kami untuk membina rumah lengkap dari proses awal hingga akhir. Ini bermakna syarikat kami akan membantu pelanggan-pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan konsultasi percuma jika pelanggan-pelanggan kami mempunyai masalah dalam mencari tapak tanah untuk pembinaan rumah, modal kewangan pembinaan, pelan arkitek dan jurutera seterusnya membina rumah idaman pelanggan-pelanggan kami. Ini membolehkan setiap pelanggan-pelanggan kami mendapat pencerahan secara jelas dan secara tidak langsung membantu pelanggan-pelanggan kami merealisasikan impian mereka dalam memiliki rumah idaman mereka sendiri.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAMI

Objektif syarikat kami adalah untuk membantu setiap insan memiliki rumah idaman mereka sendiri terutamanya bagi golongan yang tidak berkemampuan. Antara fokus kami adalah:

  • Membantu pelanggan-pelanggan mencari tapak tanah rumah dengan menyediakan “listing tanah” yang terkini dari sumber pejabat tanah
  • Membantu pelanggan-pelanggan mendapatkan sumber-sumber modal kewangan daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
  • Memberi cadangan reka bentuk rumah yang sesuai mengikut kemampuan serta keluasan tanah
  • Membina serta menyiapkan rumah pelanggan-pelanggan sehingga siap sepenuhnya
  • Mengelakkan pelanggan-pelanggan ditipu oleh kontraktor-kontraktor yang menawarkan harga yang terlalu rendah serta membiarkan proses pembinaan terbengkalai.
  • Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam proses mencari idea untuk membina rumah

PENGALAMAN KAMI

Syarikat kami dipantau serta diselia oleh kontraktor yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri pembinaan. Staf-staf kami juga terdiri daripada jurutera serta arkitek yang berpengalaman begitu juga dengan tukang-tukang yang berpengalaman dan terlatih.


KINI SEMUA MAMPU MILIKI!!!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.