Tips & Info Reka Bentuk

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelan & Reka Bentuk

Reka bentuk rumah merupakan suatu yang subjektif kerana masing-masing mempunyai citrarasa yang berbeza. Sesetengah pelanggan mengimpikan rumah yang berkonsepkan moden atau mungkin berkonsepkan tradisional dan sebagainya. Bumbung rumah merupakan elemen yang paling utama menentukan  konsep rumah idaman anda Walaubagaimanapun, kos dan bajet anda sangat mempengaruhi reka bentuk rumah itu sendiri terutamanya dari segi pelan lantainya.

Di Synapse Design, terdapat 2 kategori pembina iaitu:

1. Bina Mengikut Bejet/Kemampuan Anda!

  • Sebelum membina, anda perlu merancang bajet yang sesuai dengan kemampuan anda.
  • Di Synapse Design, terdapat lebih daripada 50 reka bentuk yang kami tawarkan beserta harga tetap yang tiada kos terselindung.
  • Oleh itu, anda boleh memilih sama ada untuk melihat koleksi pelan di katalog tawaran kami.
  • atau Anda boleh hubungi kami secara personal; nyatakan butiran nama, lokasi tanah, anggaran tarikh cadang bina, kaedah pembayaran(tunai/kwsp/pinjaman) dan bajet anda. Insyaallah pihak kami akan memberi maklum balas dengan kadar segera.

2. Bina Mengikut Design Anda!

  • Anda mungkin mempunyai reka bentuk idaman sendiri tidak kira lakaran ringkas atau pelan yang sudah siap kerana sesetengah daripada anda mungkin telah merancang bertahun lama bersama ahli keluarga.
  • Tidak menjadi masalah bagi kami, anda boleh hubungi kami secara personal; nyatakan butiran nama, lokasi tanah, anggaran tarikh cadang bina, kaedah pembayaran(tunai/kwsp/pinjaman) dan sertakan salinan/gamabar lakaran/pelan anda. Insyaallah pihak kami akan memberikan sebutharga secara percuma dengan kadar segera.
  • atau Anda boleh mendapatkan sebutharga secara percuma dengan menggunakan Sebutharga Kalkulator dengan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.(kalkulator ini masih dalam proses kemas kini!)

Reka Bentuk dan pelan adalah hak cipta yang terpelihara oleh syarikat kami. Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati kami hanya memberikan salinan lengkap beserta perincian pelan reka bentuk kepada anda hanya setelah kami menerima wang tempahan daripada anda(beserta perincian sebutharga,perjanjian kontrak dan lain2 dokumen).

Pihak kami juga mengharapkan kerja-sama anda agar dapat memaklumkan kepada kami jika anda mempunyai maklumat tentang sebarang kecurian reka bentuk dan pelan daripada kami kerana segala edaran tanpa keizinan adalah tidak dibenarkan dan slah disisi undang-undang dibawah Akta Hakcipta 1987.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.