Tips & Info Tanah

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Tapak Bina Atau Tanah!

Penyediaan tapak tanah atau seringkali dipanggil tanah lot banglo merupakan syarat bagi kebanyakkan syarikat kontraktor pembinaan rumah. Kebanyakkan daripada mereka meletakkan syarat awal bahawa pelanggan yang ingin membina perlu ada tanah sendiri. Maka oleh itu tanah adalah merupakan aspek yang paling penting bagi mereka yang berhasrat ingin membina rumah idaman mereka.

  • Bagi mereka yang belum mempunyai tanah sendiri, buat masa ini pihak kami masih dalam usaha untuk mengemaskini “listing tanah” bagi memudahkan anda mencari dan membeli tanah. Walaubagaimanapun, kami mencadangkan agar anda melayari Listing Tanah Perumahan untuk mencari tanah baglo yang anda inginkan atau anda boleh hubungi kami untuk sebarang bantuan.
  • Bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri, perkara-perkara berikut perlu terlebih dahulu diberi perhatian sebelum membina rumah:

Geran Tanah

Geran amatlah diperlukan untuk mengenalpasti pemilikannya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemiliknya atau anda salah seorang, yang sorang lagi isteri/suami. Selain daripada itu, semak status/kategori tanah contohnya, pertanian/bangunan kediaman/bangunan komersial. Jika kategorinya adalah pertanian, anda perlu menukar status kepada bangunan kediaman, dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau guna khidmat perunding tanah/peguam. Keluasan tanah dan pelan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan keluasan dan rekabentuk kediaman anda.

Jenis/keadaan Tanah

Adalah penting untuk anda tahu sama ada tanah rata, berbukit, hutan, tanah lembah/rendah atau tanah tambun. kerana struktur tanah melibatkan kekukuhan rumah yang akan dibina nanti. Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket sendiri.

Penyediaan Tapak

  • Jika keadaan tanah dipenuhi semak samun, tanah perlu dibersihkan terlebih dahulu.
  • Jika keadaan adalah jenis tanah lembah/rendah, anda perlu menambak dan meratakan tanah serta dibiarkan sekurang-kurangnya 2 hingga 5 minggu sebelum kerja pembinaan dijalankan.
  • Memohon meter air daripada pihak SAJ untuk dipasang(kos lkebiasaanya Rm1500-rm2000).
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.